SEJAK 1990/1410H
37 Tahun

Kami bukan sekadar menguruskan perjalanan ibadah; kami junjung amanah yang suci menyantuni tetamu Allah dan Rasul dengan penuh tanggungjawab. Sebagai antara perintis pengurusan haji di Malaysia, kami telah berkhidmat sejak tahun 1990 (1410 Hijrah). Lebih tiga dekad pengalaman ini bukan sekadar angka, tetapi warisan yang membentuk keutuhan nilai kami dalam memahami denyut nadi dan keperluan setiap jemaah.

Ka'bah

Dipercayai & Bekerjasama Dengan

Tourism Malaysia
MATTA
Bumitra Malaysia
IATA Accredited Agent
Malaysia Airlines
Palncongan
Keunggulan Kami

Mengapa Memilih Rayharuntuk Perjalanan Haji Anda?

Kami menyediakan layanan lengkap untuk memastikan perjalanan ibadah haji & umrah Anda berjalan lancar, nyaman, dan penuh berkah dengan berbagai keunggulan berikut:

1
Dipercayai Sejak 1990/1410 Hijriah
Kami bukan sekadar menguruskan perjalanan ibadah; kami junjung amanah yang suci menyantuni tetamu Allah dan Rasul dengan penuh tanggungjawab. Sebagai antara perintis pengurusan haji di Malaysia, kami telah berkhidmat sejak tahun 1990 (1410 Hijrah). Lebih tiga dekad pengalaman ini bukan sekadar angka, tetapi warisan yang membentuk keutuhan nilai kami dalam memahami denyut nadi dan keperluan setiap jemaah.

Tunjang kepada warisan ini adalah Pengarah Urusan kami sendiri, YBhg Tuan Haji Harun. Sejak hari pertama penubuhan, beliau masih kekal aktif turun padang memimpin dan menguruskan jemaah di Tanah Suci. Pengalaman 'on-ground' beliau yang tidak ternilai ini telah mencipta satu 'know-how' (selok-belok)pengurusan jemaah yang tiada tandingan.

DNA 'Rayhar' ini adalah cara kami menyantuni tetamu Allah yang mengalir dalam setiap ahli pasukan kami, dari pengurusan atasan hingga ke petugas di lapangan. Pasukan kami adalah jaminan untuk ketenangan dan kelancaran ibadah anda.
Dipercayai Sejak 1990/1410 Hijriah - Layanan Rayhar Travel
2
Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci
Ibadah Haji adalah sebuah perjalanan rohani sekali seumur hidup. Justeru, kami menyediakan bimbingan lengkap untuk ketenangan fikiran dan kesempurnaan ibadah anda. Komitmen kami bermula dari hari pertama anda mendaftar di Tanah Air, merangkumi setiap aspek persiapan ilmu dan praktikal. Apabila tiba di Tanah Suci, bimbingan komprehensif diteruskan dengan penuh dedikasi oleh jurusan Asatizah kami. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas, tetapi merupakan guru agama yang dipercayai oleh Tabung Haji yang mengiktiraf sijil PEKTA (Pengkursus Haji Tanah Air) dan PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci). Ini menjamin bahawa setiap kemusykilan terjawab dan setiap rukun dapat dilaksanakan dengan sempurna dan yakin.

Ilmu Mantap, Ibadah Sempurna, Haji yang Mabrur tercapai, Insya-Allah.
Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci  - Layanan Rayhar Travel
3
Lokasi Strategik

Bukan Sekadar 'Dekat Dataran' atau 'Perkarangan Masjid'

Keistimewaan utama Pakej Haji Rayhar adalah jaminan penginapan di lokasi strategik, yang amat dekat dan memudahkan.

Di Makkah:
Kebanyakan hotel pilihan Rayhar berada di kawasan Ajyad Street. Kelebihannya? Ia adalah penempatan hotel yang terdekat dengan Pintu King Abdul Aziz, iaitu pintu utama yang memberi anda akses terus ke dataran Kaabah.

Di Madinah:
Semua jemaah pakej Rayhar akan menginap di Hotel Dallah Taibah. Hotel ini terletak 100m dari dataran, serta mempunyai kelebihan khas yang sangat dekat dengan Pintu 25, iaitu pintu utama ke ruangan solat jemaah wanita.

Kedua-dua lokasi strategik ini membolehkan jemaah mengoptimumkan masa solat lima waktu tanpa gagal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan tenang dan selesa.
Lokasi Strategik - Layanan Rayhar Travel
4
Nikmati 8 Malam Penuh di Madinah

Lengkapkan Ibadah & Ziarah Anda

Kami faham, mengurangkan tempoh malam di Madinah boleh merendahkan harga pakej. Namun, fokus utama Rayhar adalah memaksimumkan waktu beribadah dan ziarah. Kami mahu anda mengoptimumkan masa di Masjid Nabawi dan menelusuri sirah Nabi SAW melalui ziarah yang dibimbing oleh Guru Agama Rayhar yang berpengalaman. Oleh itu, kami menjamin 8 malam penuh di Madinah di lokasi strategik Hotel Dallah Taibah. Ini adalah komitmen kami, Rayhar tidak mengorbankan keselesaan masa atau kemudahan lokasi demi harga yang lebih rendah.

(Pengecualian: Pakej Safwah Platinum dan Safwah Gold direka khas untuk perjalanan lebih singkat tidak termasuk tempoh 8 malam ini.)
Nikmati 8 Malam Penuh di Madinah - Layanan Rayhar Travel
5
Percuma Tiket Haramain

Perjalanan Pantas, Masa Ibadah Terjaga

Kami di Rayhar memahami bahawa setiap minit di Tanah Suci adalah amat berharga. Perjalanan darat yang panjang menggunakan bas antara Madinah dan Makkah boleh mengambil masa antara 6 hingga 8 jam, satu tempoh yang meletihkan. Justeru, sebagai komitmen kami terhadap keselesaan maksimum para jemaah, semua pakej kami kini didatangkan dengan satu keistimewaan: Tiket Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain (Haramain High Speed Train) kelas ekonomi secara PERCUMA.

*Tawaran ini adalah tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi.
Percuma Tiket Haramain - Layanan Rayhar Travel
6
Sajian Lengkap 3x Sehari:

Makanan Sedap, Ibadah Mantap

Bagi memastikan anda sentiasa bertenaga untuk beribadah, kami menyediakan sajian lengkap (bufet 3 kali sehari) di hotel penginapan anda. Anda tidak perlu lagi risau tentang soal makanan. Bergantung pada pilihan pakej, anda akan disajikan dengan Bufet Antarabangsa atau Asia.

Paling istimewa, kami turut bawakan Sajian Citarasa Melayu yang sesuai dengan selera jemaah haji Malaysia.
Sajian Lengkap 3x Sehari: - Layanan Rayhar Travel
Tawaran Istimewa

Tawaran Istimewa Jemaah P1

Daftarkan diri anda sebelum 4 Januari 2026 untuk menikmati kesemua nilai tambah percuma ini, sebagai tanda penghargaan kami di atas kepercayaan anda.

1
Diskaun Eksklusif Sehingga RM7,000
Ganjaran istimewa untuk pendaftaran awal. Nikmati penjimatan tunai sehingga RM7,000 daripada harga asal pakej.
  • Olayan Aziziah (RM45,990)
  • Safwah Silver (dari RM49,990)

Terhad untuk 50 Jemaah (P1) Terawal Sahaja.
Diskaun Eksklusif Sehingga RM7,000 - Layanan Rayhar Travel
2
Percuma Penghantaran Kargo 10Kg
Bawa pulang cenderamata, kurma dan lain-lain. Kami faham keinginan anda untuk berkongsi rezeki dari Tanah Suci. Oleh itu, kami hadiahkan 10kg penghantaran kargo FGV percuma.
Percuma Penghantaran Kargo 10Kg - Layanan Rayhar Travel
3
Percuma Pemeriksaan Kesihatan

Bernilai sehingga Rm250

Kesihatan anda adalah aset utama dalam melaksanakan ibadah haji. Kami menaja kos pemeriksaan bernilai sehingga RM250.00 berasaskan resit daripada klinik/hospital.

Menepati kemampuan (Istitio'ah) dari segi kesihatan.
Percuma Pemeriksaan Kesihatan - Layanan Rayhar Travel
4
Percuma Tiket Keretapi Laju Haramain (Ekonomi)

Perjalanan Selesa Makkah - Madinah (atau sebaliknya)

Alami teknologi pengangkutan termoden di Arab Saudi. Kami menaik taraf perjalanan antara dua kota suci anda daripada bas (yang mengambil masa 5-6 jam) kepada Keretapi Laju Haramain (sekitar 2 jam+). Ini bermakna anda jimat masa, tenaga dan dapat tiba di destinasi dengan keadaan segar, bagi membolehkan anda terus merebut peluang beribadah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

*Tawaran ini adalah tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi.
Percuma Tiket Keretapi Laju Haramain (Ekonomi) - Layanan Rayhar Travel
5
Percuma Kursus Haji Perdana Eksklusif

2 Hari 1 Malam (Termasuk Penginapan Hotel)

Persiapan Ilmu adalah bekalan haji terbaik. Kursus eksklusif oleh Rayhar Travels ini bukan sekadar kursus teori di dewan. Ia adalah program intensif selama 2 hari 1 malam, lengkap dengan penginapan hotel. Anda akan menjalani simulasi praktikal manasik haji dalam suasana yang selesa dan terkawal. Dapatkan bimbingan terus daripada para asatizah kami yang berpengalaman agar anda dapat melaksanakan ibadah haji sempurna mungkin.
Percuma Kursus Haji Perdana Eksklusif - Layanan Rayhar Travel
6
Percuma Majlis Kesyukuran “Ihtifal Mahabbah”

Meraikan Jemaah di Tanah Suci

Perhimpunan ini adalah untuk menjadikan nostalgia pengalaman haji musim 1447H. Kami akan menganjurkan satu majlis kesyukuran dan makan malam istimewa di Tanah Suci. Majlis 'Ihtifal Mahabbah' ini adalah tanda penghargaan kami dan platform untuk mengeratkan silaturahim sesama jemaah.
Percuma Majlis Kesyukuran “Ihtifal Mahabbah” - Layanan Rayhar Travel
Pakej Haji 2026

Pakej Haji Musim 1447H

Pilih pakej haji yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Setiap pakej dilengkapi dengan fasilitas lengkap untuk memastikan pengalaman ibadah haji yang sempurna.

Safwah Royal Orchid

Safwah Royal Orchid

PLATINUM

Makkah:

Al Safwah Royale Orchid (SRO) atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Biltmore Madinah Hotel (BMH) atau setaraf, 15m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Safwah Royal Orchid

Safwah Royal Orchid

GOLD

Makkah:

Al Safwah Royale Orchid (SRO) atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Dallah Taibah (DT) atau setaraf, 90m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Aziziah:

Hotel Zahrat Al Yasser atau setaraf, 480m ± ke Kompleks Jamarat

Safwah Royal Orchid

Safwah Royal Orchid

SILVER

Makkah:

Al Safwah Royale Orchid (SRO) atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Dallah Taibah (DT) atau setaraf, 90m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Aziziah:

Hotel Zahrat Al Yasser atau setaraf, 480m ± ke Kompleks Jamarat

Olayan

Olayan

AJYAD

Makkah:

Hotel Olayan Ajyad atau setaraf, 140m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Hotel Dallah Taibah atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Olayan

Olayan

AZIZIAH

Makkah:

Hotel Olayan Ajyad atau setaraf, 140m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Hotel Dallah Taibah atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Aziziah:

Hotel Zahrat Al Yasser atau setaraf, 480m ± ke Kompleks Jamarat

Orinsis

Orinsis

Makkah:

Hotel Orinsis atau setaraf, 190m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Hotel Dallah Taibah atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Elaf Al Bait

Elaf Al Bait

Makkah:

Hotel Elaf Al Bait atau setaraf, 190m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Hotel Dallah Taibah atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Mira Ajyad

Mira Ajyad

Makkah:

Hotel Mira Ajyad atau setaraf, 400m ± ke Dataran Masjidil Haram

Madinah:

Hotel Dallah Taibah atau setaraf, 50m ± ke Dataran Masjidil Nabawi

Testimoni Jemaah

Kata Jemaah Kami

Dengarkan pengalaman sebenar jemaah yang telah menunaikan ibadah haji dan umrah bersama Rayhar Travels

Kami juga ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada Haji Harun, Ustaz Rosli, Ustaz Zul, Ustaz Hadi, Ustaz Fizal, Hj Solah, Ammar dan semua team Rayhar yg lain yg telah bertungkus lumus membantu kami semua dlm menjalankan ibadah Haji kami. Segala pengalaman dan cabaran semasa 'Operasi Kelam Kabut' dihayati buat selamanya. Harap kita teruskan ukhwah diantara kita bersama dan berjumpa lagi disuatu masa nanti. Insya Allah

H

Haji Fadhil Choong

Kuala Lumpur

Alhamdulilah terima kasih team Rayhar sejak berurusan dengan cawangn Jerteh lagi disantuni dengan amat baik oleh semua kakitangan Rayhar sehingga kami selamat sampai.. memang tepat pilihan kami memilih Travel ini untuk Umrah dan juga Haji.. moment Haji akan di ingat sepanjang hayat.

H

Hajjah Ida Mansor

Petaling Jaya

Alhamdullilah syukur pada Allah sudah selamat tunaikan fardu haji dan selamat sampai di tanahair. Terima kasih pada semua warga Rayhar dari Tuan Haji Harun, Ustaz Rosli, Ustaz Zul, Ustaz Fizal, semua Ustaz dan Ustazah, pegawai dan team Rayhar di Malaysia, Makkah dan Madinah juga rakan rakan KT96, SRO dan Oberoi yang menyantuni dan mendoakan kami. Kami meminta maaf zahir dan batin, makan, minum, ubat, ilmu dan bimbingan minta dihalalkan. Semoga Allah memberi ganjarannya pada semua dan memakbulkan segala doa doa kita. Saya juga doakan semuanya sihat, selamat dan sentiasa dalam rahmat dan diberkati Allah S.W.T. Don't be khuatir, Relax, Tenang dan Senyum selalu macam Hj. Harun kita. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. Terima kasih daun keladi, Next time kita pergi dengan Rayhar lagi.

H

Haji Thaib Mustafa & Hajjah Rosminah Md Kassim

Ustaz Amin n Ustaz Kholid dan kesemua ustaz dan ustazah bimbingan haji serta semua petugas Rayhar Travels dan terutama MD Tuan Haji Haron yang telah menguruskan jemaah haji Rayhar dengan teratur dan cemerlang dan memberi layanan yang baik kepada kami. Terima kasih juga kepada petugas-petugas yang telah menghantar saya ke pusat rawatan Tabung Haji di Shisha sebanyak 2 kali. Alhamdulillah, saya Puan Noor Aribah binti Hamis dari KT22 telah selamat sampai di rumah di Batu Pahat, Johor.

H

Hajjah Noor Aribah

Johor

Akak dah 4 kali umrah dan sekali haji dengan Rayhar.. yess.. betul.. memang rayhar terbaik.. sangat puas hati.. pengurusan tiptop..nak pergi mana-mana ziarah ke, bas dah sedia menunggu.. keep up the good work..

H

Hajjah Aizani Sulaiman

Kota Bharu

Alhamdulillah...Allah detikkan hati kami (3 beranak) utk memilih Rayhar sebagai PJH 1446H....terbaik dalam setiap perkara...pengurusan dan juga pengisian semasa di tanah suci...terima kasih Rayhar Travels...insya Allah ada rezeki boleh join lagi

R

Rosmini Wan Abdullah

Top Fan

Isi Borang & Dapat Hadiah

Dapatkan Konsultasi Perjalanan Haji + Hadiah Eksklusif

Lengkapkan borang di bawah, terima panggilan konsultasi peribadi dari pasukan Rayhar, dan nikmati hadiah eksklusif sebagai tanda penghargaan kami.